Pages

Sunday, December 2, 2012

CaMp MoTiVaSi??

Assalamulaikum,
       Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, selawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, akhirnya. Akhirnyaaaaaa.... skali lagi~! aku dapat meluangkan masa mecoretkan sedikit kisah hidup di masa remaja.

        Bila dikisarkan tentang remaja, aku sendiri remaja, sesiapa yang membaca ini juga remaja, namun apa yang kita telah buat sepanjang kita REMAJA? hmmmmp... Aku sedang belajar utk berblog dlm bahasa Melayu dimana tidak sama skali mgunakan bahasa Inggeris. Waaaaa... Alkisahnya, apa kehal aku letak tajuk kem motivasi? Apa aku ni pelajar bermasalah nak kena di"motivasi"kan? Aku ni kurang jadi diri ke?

          Secara jujur, mggu lepas merupakan mggu yg ckup menstresskan smpai satu mlm menangis! Disebabkan terlalu STRESS!! Bila kena di'Detail'kan nama untuk pegi kem! Ya Allah, ujian sungguh! Segala macam program hujung minggu yang dah disusun rapi terpaksa di'cancel'kan smua.


           Nak dijadikan cerita, dalam usrah pun  dibangkitkan isu nie, "Saya Tak Suka Pergi Kem Tue!!" Naqibah usrah , Kak Ema terangkan :

        "Anis, anis kena ingat masa mula-mula anis masuk UKM anis nak buat apa? Nak belajar kan? Nak dapatkan ilmu kan? Pastue, apa yang mula-mula anis tandatangan persetujuan utk melaksanakan aktiviti, Palapes kan? Bukannya, program fak? Bukannya aktiviti2 lain? Anis kena percaya, Allah dah tetapkan, dah ada dalam ketetapan Allah bahawa anis kena berada di situ pada masa tersebut dan tersebut. Anis kena percaya pada Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya walaupun hikmah itu datang lambat."

Subahannallah... lepas itu, hati lebih tenang, boleh menerima utk pergi kem kat Hulu Langat >


 Alhamdullilah! banyak sungguh input yang aku dpt! Kat sana, dgn bilik dekat dgn surau, mkanan disediakan, tmpt tdo yang selesa, aktiviti yg BEST BEST! Ya Allah, smuanya mudah sahaja. Ak lalui dengan tenang dan seronok bersama kawan-kawan. Dapat kenal kawan baru smua.
Ustaz  sms ceramah beliau :

     JIKA ALLAH BERSAMA KITA, SEMUA BENDA KITA BOLEH BUAT, KACANG JEA!!

Mulai saat itu, aku pegang prinsip, bukan susah nak dapat A 100% jika ALLAH BERSAMA KITA. Disamping itu, kena berusaha, kena berdoa, bangun Qiam malam sebab jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah akan menjaga kita di dunia ini. Banyak yang ustaz ceritakan, tentang syurga, tentang bidadari, sampai ada yang menangis-menangis sebab memikirkan layak ke kita masuk syurga dengan amalan kita? Adakah kita masuk syurga disebabkan amalan kita? Atau Rahmat Allah? Bersambung... Waallahu'alam

No comments:

Post a Comment

korun boleh nak komen pape pun